center.jpg (20780 bytes)

Jabatan Pentadbiran adalah sebuah Jabatan di Kementerian Hal Ehwal Ugama yang telah ditubuhkan pada 21 Oktober 1986. Jabatan ini merupakan pusat pergerakan pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Ugama yang diketuai oleh Pengarah Pentadbiran. Pengarah Pentadbiran bertanggungjawab kepada Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam hal ehwal pengurusan dan aktiviti-aktiviti Jabatan Pentadbiran.

Di dalam melaksanakan peranan dan fungsinya, Jabatan Pentadbiran berpandukan kepada misinya iaitu:

"Memberikan perkhidmatan dan bantuan yang efisyen dalam hal ehwal pengurusan sumber manusia, kewangan, pemeliharaan dan pembangunan, penyelidikan, perancangan latihan dan teknologi maklumat supaya Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dapat menjalankan peranan dan tanggungjawab dengan berjaya dan berkesan."



|| Misi | Penubuhan Jawatankuasa | Peranan | Keanggotaan | Fungsi Utama | Piagam Pelanggan | Struktur Organisasi | Rancangan & Aktibiti | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||